Saturday 30 January 2016

Tunjuk Laut Beach Resort - 22nd January 2016.

(Updated on 11 May 2016) - As salam kepada semua! Kali ini kami mencuba tempat peranginan di kawasan Tanjung Leman iaitu TUNJUK LAUT BEACH RESORT! Tempat ini sebenarnya adalah "upon stumble" kerana nak buat booking utk CNY 2016 di melata kawasan Mersing / Tanjung Leman tetapi semua tempat peranginan dah fully booked! Tetiba je Tunjuk Laut Beach Resort ni boleh ada tinggal satu Chalet untuk saya dan adik beradik lain sewa pada CNY 6hb ~ 8hb Feb 2016 nanti Insyaallah ! Tu yang pada 22hb Jan 2016 yang baru lepas ni kami cuba buat booking kalau2 ada chalet kosong....nak try out dahulu...ok ke tak! Alhamdullilah ada kosong dan rakan saya En Aziz dan keluarga juga nak join untuk kami sama2 Recce tempat ni!

Pada 22hb Jan 2016 saya, isteri dan kedua anak bertolak dari rumah lebih kurang jam 8pagi. Relax driving, guna GPS kereta, menuju ke destinasi. Berhenti sana sini juga beli itu ini al maklum masa masih panjang lagi.....! Sempat Breakfast di kawasan Tanjung Leman......! On the way sememangnya scenery memang cantik....kehijauan dengan pokok2 serta member2 monyet kat tepi jalan, bila kena hon, terperanjat! hehehe....!

Lebih kurang jam 10pagi sampai lah kami di TLBR. Kami terus menuju dahulu ke Jeti Nelayan nak tengok2 kalau2 ada ikan untuk di buat BBQ malam nanti! Bila sampai lengang je cuma ada abang2 yang sedang buat bubu ikan kat situ dan bila di tanya mereka kata lebih kurang jam 12 lebih tengahari nanti baru ada ikan...

Sementara nak tunggu jam 12 tghr kami pun memandu ke kawasan Jeti Tanjung Leman yang dekat sangat dengan Jeti Nelayan ni....

Jeti Tanjung Leman

Berhenti sekejap kat tepi jalan snap2 foto skit....




     Pandu lagi ke arah Jeti Tanjung Leman tu sekali ada KFC!

    Tapi kami tak singgah kerana kami semua tak lapar dan sebenarnya lebih nakkan masakan biasa je!
Tengok masa baru kul 11pagi dan sementara nak tunggu 12 lebih kami pun terus je ke TLBR untuk tanya2 jika chalet dah boleh masuk....tetapi hampalah kerana semalam ada pengunjung so bilik akan di kemaskan dahulu dan lebih kurang jam 2ptg baru boleh masuk! Kebetulan rakan saya En Aziz pun sampai....
Capai kamera snap gambar2 yang patut....

Office baharu TLBR 

Ada mini Zoo kat TLBR ni.... (terletak berdepan dengan Office TLBR)


                           Chalet jenis BAYAN! (Harga RM170 semalam untuk hujung minggu)
 

                         Chalet jenis BAYAN yang kami duduki satu malam. Tetapi tak sampai semalam buat rakan saya dan keluarga! Nanti saya cerita.....!

 Sementara tunggu bilik siap, duduk lah berbual bual sambil layan keindahan pemandangan laut yang luas terbentang! Masyaallah!











Dalam lebih kurang jam 12 lebih kami kembali semula ke Jeti Nelayan untuk tinjau2 jika ada ikan2 segar tetapi hampa! Yang ada hanya udang galah yang berharga dalam linkungan RM80~Rm120 seekor! Seekor bukan Sekilo ok!!! Jawabnya tak jadilah! Kami mengambil keputusan untuk pergi cari Lunch dan dalamasa perjalanan ternampak Masjid kat kawasan Tanggaroh maka kami singgah untuk Solat Jumaat di sana!

Selepas Solat Jumaat di dalam kereta isteri saya beritahu bahawa admin kat TLBR tadi sewaktu mereka tanya akan bilik beritahu bahawa kalau nak cari alternatif ikan ni cuba pergi ke Tanjung Sedili Pasar Nelayan! Dengan pantas terus kami ke kawasan Tg Sedili....sampai kat sana terus cari warung gerai makan tengahari! Alhamdullilah jumpa! Habis makan tengahari terus ke Pasar Nelayan....! Wau! Ikan dan sotong  fresh! Sotong masih warna Putih ok! Mahu tak isteri saya dari beli sekilo terus tambah lagi setengah kilo....! Beli siakap 3 ekor, cincaru dan sotong....! Malam kita BBQ!

Kami dapatkan kunci bilik masing2 dalam jam 4.30 petang. Bilik saya 31 dan En Aziz dan keluarga bilik 32. Masuk ke dalam terus nampak katil dahulu 1 Single bed dan 1 double bed. Bilik air di sebelah katil Queen size tadi! Pertama sekali saya terperhati semut yang banyak sekali di tepi pintu Toilet! Alamak! Tak syiok ni! Semut jenis Semut hitam kepala keras...kalau gigit mahu menjerit beb!

Tak sampai berapa minit bilik sebelah iaitu En Aziz memberitahu semut banyak sekali bertaburan di atas katil! Alamak! Lagi teruk! Maka Pn Rozi, isteri En Aziz pun buat kol ke Reception....! Datang seorang makcik, pekerja TLBR datang bertanya masalah mereka! Setelah di beritahu makcik tu pun dengan penuh konfiden masuk ke dalam bilik....nak tahu apa makcik tu buat untuk selesaikan masalah tu? Jeng x3!!!!

Hehehehe....dia kutip semut tu satu2 dan letakkan ke atas telapak tangan dia yang berglove!!!! Nak mengekek En Aziz dan keluarga....!!!! Bila mintak Spray serangga, makcik tu kata TLBR dah kehabisan spray! Sekali lagi Pn Rozi kol Reception dan dapatlah Spray serangga tu...entah macam mana boleh ada pulak...Wallahhuallam....!


Ya! Sememangnya Chalet yang kami duduki ini memang ada masalah semut! Memang mudah semut2 ni akan datang dengan secara berkumpulan! Jika sesiapa menyewa bilik2 ni, jangan leka makanan2 yang berunsur manis atau juga makanan2 terbiar...jangan biarkan melata di atas lantai bilik! Isteri saya ada membawa kek untuk rakan dia yang habis di kerumuni semut2 ni! Hitam je kat kek tu!!!!!! Memang tak selamat lah benda2 manis ni!!!!








Bersiap siap untuk BBQ.....tetapi langit macam mendung je.....!







Dah mula bakar pada jam 6 ptg! Cuaca masih tak menentu....renyai2....! Anak lelaki saya yang kecik tu mula baca "mentera - selak poco, bare,bare,bare,bare........!" agar hari tak hujan! hehehe! Di takdirkan Allah langit kembali cerah! Apa lagi terjerit lah anak saya "it works papa!" Mengekek lah kami yang berada kat situ!

Suasana nyaman sangat. Tetapi dalam lebih kurang jam 6.30ptg gitu, ada bunyi yang sangat kuat datang dari Pusat Karaoke! Pusat Karaoke ni jenis Open Air! Alamak!!!! Spoiled! Adeh...!



















Selepas membakar, kami maghrib jap! Tetapi alangkah sedihnya di takdirkan malam tu hujan selebat-lebatnya....! Selak poco bara bara bara bara semua tak jalan! hahaha! Agaknya di sebabkan Karaoke tadi kot...sememangnya memanggil Hujan! hahahaha...!





Hujan lebat giler jadi makan lah kami semua kat dalam bilik rakan kami En Aziz......! Fuh! Sodapppp!

Selepas makan dah takde apa pun yang boleh di buat kerana hujan lebat! Maka kemas2 terus balik kat bilik layan TV astro terus lelap!

Tiba2 rakan saya kat sebelah beritahu mereka nak kena pindah bilik bersebelahan kerana bilik yang sedia ada bocor! Air hujan menitis nitis masuk! Adeh!!! Ketika tu dalam jam 9 lebih malam kot....! Selepas tu layan lah tidur lagi....tiba2 dalam 11 lebih malam ada kol, sekali tengok kat skrin hp nama Aziz...! Eh! Rakan saya lagi ni...kenapa ek? Dia beritahu kena pindah lagi tetapi jauh sikit iaitu bilik Kenyalang (chalet batu dan baru di bina)....kerana bilik sebelah tu pun bocor dah! Air menitis dari bumbung terus ke baju2 mereka yang di letak di atas katil!!!! Adehhhh! Dah 3x kali pindah dalam satu malam! Maka berpindah lah mereka dengan mata kelat melayari hujan lebat dalam malam yang gelita! Sadis betul......! (hehehe....)

Esoknya kami rasa dah tak syiok member duk jauh maka kami bertanya jika ada kosong kat chalet Kenyalang tu dan bernasib baik ada. Kami minta bilik bersebelahan dengan En Aziz kita....! Rupa2 nya demi untuk dapat bilik bersebelahan En Aziz dan keluarga kena pindah lagi ke bilik sebelah agar kami dapat bersebelahan! Alahai En Aziz...pindah lagi! Record breaking 4x kali berpindah! hehehehe....!

Chalet jenis Kenyalang

Ada di sediakan bangku kerusi jenis batu.....sarapan sendiri buat Tea O dan Kopi O...

Nyaman duduk berbual sambil makan2...angin sepoi2 bahasa...! Fuh!!!!
Lunch sendiri makan makanan yang di beli En Aziz dan Pn Rozi pagi tadi.....Saya dan isteri pergi pula ke Pasar Nelayan teringin nak masak Asam Pedas serta sotong hitam!

Ruang luar tempat bekas office TLBR....kami buat tempat lepak...hehehe...

Chalet Kenyalang - bilik kami bersebelahan.....




Sementara isteri sedang memasak untuk malam saya ke kawasan pantai mencari cari sudut dan pemandangan kalau2 dapat di rakamkan.....dan Alhamdullilah! Banyak dapat "tangkap....!"








Selepas Maghrib kami bertemu semula kat ruang bekas office TLBR yg terletak bersebelahan dengan Chalet kami untuk santapan malam!













Sambil makan layan cahaya bulan! Kebetulan bulan sedang mengambang!







Keesokkan pagi selepas subuh, baring2 jap terlelap sekejap tiba2 org rumah kejutkan..."Bang! sunrise cantik!" Saya pun capai Camera terus ke tepi pantai snap apa yang patut....terlupa masih pakai kain!

Nasib baik angin tak begitu kuat....hahaha...!









Selepas tu biasa lah anak2 minta bermain di tepi laut! Selamat anak2 En Aziz nak melayan....thank you Naqib and Izzati......




Dalam lebih kurang jam 11.30pagi, kami mengemas barang2 nak Check out! Alah! Sekejap je rasanya......!






Chalet jenis RAJA UDANG

Chalet jenis RAJA UDANG

Chalet jenis RAJA UDANG


Surau TLBR




Pemandangan di belakang Chalet RAJA UDANG. Kehijauan yang sungguh indah....


Sunrise di TLBR 

Apa yang dapat kami simpulkan bahawa TLBR ini adalah yang terbaik dari sudut tempat yang sesuai untuk beristirihat cuma harus jauh dari Pusat Karaoke yang terletak berhampiran Chalet BAYAN dan Chalet RAJA UDANG! Kami di Chalet Kenyalang tidak berapa dengar mereka yang berKaraoke dari sana! Chalet Kenyalang mahal skit semalam RM266.40! Mereka yang ingin menyewa Chalet jenis BAYAN, bilik 32, 33 bumbung bocor....iaitu pada 22hb Jan 2016! Lagi satu bising nanti dengan mereka yang berKaraoke yang lebih kepada istilah memanggil hujan je...sumbangsih......hehehe...sorry....!

Ok apa pun ini hanya pengalaman yang kami tempuh dan penilaian ikhlas dari kami.....! Terpulang untuk anda yang ingin kemari....Tunjuk Laut Beach Resort boleh di hubungi di talian - 07-791 3002.

Terima kasih...

Wassalam dari kami semua...

 As salam kepada semua. Setelah 3x kali kami ke TLBR, setelah "rayuan" yang kami buat pada pihak pentadbir TLBR agar sessi Karaoke di kawal pada kesesuian masa melalui Email tetapi gagal, maka kami telah mengambil keputusan untuk berhenti bercuti beristirihat di TLBR! Bukan apa...tidak semua pengunjung yang datang bercuti suka mendengar "Laungan Nyanyian percuma" dari pengunjung atau pun orang-orang berdekatan TLBR! Seperti kami, kami inginkan tempat yang Nyaman, sehingga kalau boleh dapat mendengar deruman ombak.....! Tetapi bagi sesiapa yg tak kisah bab bising dengan Karaoke dari pelbagai sudut, ini adalah tempat yg teramat sesuai Insyaallah! Tepuk dada tanya selera........  

Jika anda ingin ke Pulau Tioman dan ingin penilaian kami tentang Paya Beach Resort Tioman sila klik.... 

Jika anda ingin melihat penilaian kami tentang PULAU PANGKOR (ANJUNGAN BEACH RESORT) sila klik....

Jika anda ingin melihat penilaian kami tentang Laguna Redang Resort  sila klik...


Site created on 30/1/2016.
Site last Update on 14/8/2017.